23.3.2013 : Part 1 : Family gathering

Day 1 : Batu Gajah - KL

Yuhuu.. kita bertemu kembali di ruangan cyber..hehe..kali ni cerita cuti cuti dalam Malaysia..kalau dulu family Kak Ana x ikut kami ke Bandung..kali ni..percutian kami hanyalah melibatkan adik beradik aku sahaja..Aku n En Apaw, family Kak idah n family Kak Ana sahaja..

Kami dah janji nak jumpa kat KL sempena cuti sekolah..so..hari ni 23.3.2013..aku n En Apaw gerak ke KL naik ETS..oleh kerana tiket ETS Silver kul 9 dah abis..kami terpaksa bertolak awal dalam kul 8 pagi menaiki ETS Gold..mahal la skit..huhu..RM34/pax.. kalau naik ets silver..sorang baru RM24..beza RM10!!..perghhh!!..

Beza antara ets gold dan silver antara lain ialah..ets silver akan berhenti kat 14 stesen, manakala ets gold berhenti hanya kat 10 stesen..so..ets gold lebih cepat sampai...

Untuk pengetahuan korang..ETS adalah ketapi laju yang buat masa ni menghubungkan KL dan IPOH..perjalanan mengambil masa 1 jam 15 minit..plus minus la.. 

Kalau korang nak murah skit.. naik ETS Silver..hanya ada 3 waktu dalam sehari.. cer refer bawah ni

Dari KL ke Ipoh - Silver train jam 1005am, 1605pm dan 2205pm

Dari Ipoh ke KL - Silver train jam 0900am, 1500pm dan 2100pm

EVERYDAY..

Ok..berbalik pada perjalanan kami.. aku n En Apaw naik ETS jam 8 pagi dari Batu gajah..sampai KL on time jgklah..Kak Idah amik kitorang kat KL Sentral..yeehaa..xyah angkut bag naik KLIA Transit sampai Bandar Tasek Selatan..hehe

Kami g sarapan kat satu kedai mamak ni..mahalnyaaa... Teh tarik pun segelas RM1.40!!!..cekik darah hantu sungguh!!..huhu..

Arini x g jalan sangat..

Tunggu esok ek..nak g anta Along ke Matrikulasi Selangor dan jalan2 area Banting..serta ke Istana Negara Lama yang skrg ni dah jadi Muzium Diraja..

OK ek..till then..

Tata


No comments:

Post a Comment