6.2.2013 : Part 3 : Travelogue Bandung

Day 1 : KL - BANDUNG

Wuarghhhh.. sampai jugak selepas 2 jam lebih dalam kapal terbang..hehe.. Bila kami sampai..Amir dah tunggu kat Airport Bandara Hussein Sastranegara, Bandung. Lepas semua berkumpul, Amir datang semula amik kitorang.. Hujan turun masa kitorang sampai ni..tapi Alhamdulillah x terlalu lebat. Cer tgk gambar masa menunggu van ni..



Kecik je sebenarnya airport kat Bandung ni.. tapi dengar² airport baru nanti akan lebih besar dan selesa...memang patut la kan..ramai giler kot orang Malaysia yang pergi Bandung ni untuk shopping.. Kami x terus check in hotel..aku dah bagitau siap2 pada reception Hotel Patradisa yang kami akan check in lewat (Diorang yang call aku masa kat boarding room.. LCCT).. Kitorg kelaparann..jadinya..ubat lapar adalah..MAKANNNN..

Aku suggest untuk makan makanan padang..dan restoran makanan padang yang disuggest oleh supir adalah Restoran Sederhana (aku x ingatla plak..rasanyalah..adoii..fail!!) Kitorang pun makan..dan sebelum makan aku bagi PERINGATAN!!

1. Cer tgk cara pekerja restoran bawak lauk masakan padang.. memang SUPERB!!
2. Makan apa nak makan jer..kalau xnak makan.. JANGAN SENTUH!!.. Sebabnya harga akan dikira hanya pada lauk yang disentuh/ diusik / dimakan.

Makan makanan padang ni dah disediakan air teh O tawar.. kalau rasa nak air lain..boleh order..tp xyah pun xpe.. SO..kalau nak jimat..bawak gula paket kecik2 tu..hehe

Ha...cer tgk..TERROR x?

11 pinggan pada satu tangan..tapi aku rasa lebih kot.. (korang nampak pinggan kat bawah tu..- atas meja)

Makanan dah sampai...korang tunggu apa lagi?? Makanlaaaaaaaaaaa...



Dah sudah makan..dah kenyang?? belum?? memang perut majlis sungguh!!..haha..

Keluar dari kedai..ada satu peristiwa bersejarah berlaku.. Mak mertua aku ni..dia x pernah datang sini..kira 1st time la.. masa kitorg tgh tunggu nak bayar..diorang semua dah keluar..macam biasalah..kat restoran2 yang ramai pelanggan dari Malaysia ni..akan ramai penjual2 yang akan menunggu kita kat luar restoran. So..my mother in law sudah terkena lah.. kena apa? kena beli kain batik dengan harga Rp150,000 utk 3 helai atau dalam RM adalah RM50.. mahal!!!

Nak ke xnak..kena la bayar..sebab dah masuk dalam plastik..so..sementara dia bayar (selepas beberapa percubaan menawar harga) kami amik gambar.. tu sebab gambar Ayah, Mak n En Apaw xder dalam pic ni.. =(

Berbaju biru batik tu Pak Hendy - supir kami

SO..settle makan..dah kenyang..kami gerak ke RUMAH MODE..untuk sesi perabis duit yang pertama..hahaha

Sebab kitorg pegi masa cuti Raya Cina..so decoration kat sini pun ala2 Raya Cina..

Aku tak beli apa kat sini..sebabnya..aku dah datang sini banyak kali..hahaha.. (ni percutian aku kali ke 5 di Bandung)..hehe.. eksyennn..hehe..bukan xnak beli..masalahnya baju2 kat sini x banyak saiz aku..hahahhaha.. cover baikkan aku tadik..hehe..

Lepas selesai kat Rumah Mode..aku pun menggerakkan delegasi ke Hotel Patradisa untuk tido..

JADI..bersambung entry seterusnya..

Hari ke-2 di Bandung

Tata







No comments:

Post a Comment